Klik Kandungan!

> > > >
Showing posts with label AL-KISAH. Show all posts
Showing posts with label AL-KISAH. Show all posts

Tuesday

Yummy

Salam semua. Apa Khabar anda semua harini? Semoga menjalani kehidupan dengan lebih ceria dan tenang hendakNya.Hari ini nurul hanya ingin berkongsi cerita aktiviti Nurul. Ya, sememangnya agak sibuk sedikit. Bermula dari pagi, seperti biasa. Mengemas rumah itu sudah menjadi tugas Nurul sementara cuti-cuti ini. Selesai itu, Nurul ke JPN menguruskan tentang IC baru. Alhamdullilah. Semua berjalan dengan lancar. Petang sebelum menyediakan menu makan malam, Nurul menyiapkan tugasan mengedit website pelanggan yang perlu disiapkan dengan segera. Simple aje. Just copy paste kerana ianya semudah menggunakan microsoft words sahaja. :)


Tik Tok Tik Tok, sedang leka menyiapakan website itu, Jam berbunyi menunjukkan pada waktu itu telah masuk jam 6 petang.Tetapi makan malam masih belum disiapkan? Nurul pun berfikir menu apa yang simple untuk disediakan dalam masa yang singkat ini? Nurul mencari-cari apakah bahan-bahan yang ada untuk dijadikan menu makan malam.. Aha! Akhirnya Nurul berpakat dengan bonda tersayang untuk menyediakan menu Simple Spaghetti + Macaroni Cheese.. :)


Dan Akhirnya Inilah hasilnya.. TADAA!


( Hanya Macaroni yang kelihatan kerana Spaghetti telah ditimbun-timbun oleh sos pekat tersebut :P )


Kalau nak cuba ini Resepi Simple Spaghetti + Macaroni Cheese :-


*Spagheti dan macaroni direbus dengan air dan minyak (supaya spagheti tak melekat)

Bahan-bahan untuk sos spaghetti :

1 Bawang Besar (dikisar)

Prego mushroom ( 1 botol )

Tomato puree ( 2 Botol )

Sos tomato ( Kalau Nak Masam Lagi )

Daging Cincang ( Nak jimat belanja pakai Daging Burger pun boleh )

Cheese Mozarella

Hotdog Cheese Nutriplus/ Ayamas (dipotong kecil-kecil)

Cili Boh ( Letak dalam dua or tiga sudu camca teh)

Garam ( sesedap rasa )

Air.


Cara-Cara :

Tumis Bawang besar dengan minyak, setelah itu masukkan dua/tiga sudu besar cili boh.

Agak-agak naik bau, Masukkan daging cincang,hotdog cheese dan mozarella cheese.

Gaul-Gaulkan bahan tersebut. Kemudian, masukkan Prego mushroom, Tomato puree dan sedikit sos tomato. kacau dengan sebati. Setelah itu, masukkan garam sesedap rasa dan air ( mengikut kepekatan sos). Kacau sehingga masak.


Setelah itu. Hidangkan dan taburkan sedikit mozarella cheese diatasnya.

Sedia untuk dimakan!

Pasti menyelerakan.


Selamat Mencuba! :D

Yummm..Yummmmm.. :P



AL-KISAH


❀ Ketika Nabi Ibrahim A.S Didatangi Izrail Untuk Mencabut Nyawanya. Berkata Ibrahim Kepadanya ❀

''Wahai Izrail, Pernahkah Seorang Kekasih Mencabut Nyawa Kekasihnya Sendiri?''

Lalu Izrail Memberitakan Pertanyaan Ibrahim Ini Kepada Allah SWT.

Maka Allah S.W.T Memerintahkan Izrail Menyampaikan Jawapannya Kepada Ibrahim Sebagaimana Firman-Nya Yang Bermaksud :

''Wahai Ibrahim. Apakah Kamu Pernah Melihat Seorang Kekasih Yang Tidak Gembira Untuk Bertemu Dengan Kekasihnya Sendiri?

Apakah Ibrahim Mendengar Jawapan Allah Menerusi Izrail. Berkata Ibrahim :

''Wahai Izrail Cabutlah Nyawaku Saat Ini Juga''


Thursday

Sedekah Yang Paling Murah


Abu Yazid Al Busthami(pelopor sufi),pada suatu hari pernah didatangi oleh seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.

Dengan murung lelaki itupun kemudiannya mengadu;"Tuan Guru, sepanjang hidup saya ini, rasanya tidak pernah lepas saya beribadah kepada Allah SWT. Orang lain sudah terlena, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun dari tidurnya, saya sudah pun mengaji. Saya juga bukan seorang yang pemalas mencari rezeki , Tetapi mengapakah saya selalu malang dan kehidupan saya penuh dengan kesulitan?"


Sang Guru menjawab sederhana ;"Perbaikilah penampilanmu dan ubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tidak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."


Lelaki itu tertunduk. Maka dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu dia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.


Sebagaimana kata Rasulullah;"Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan." Namun demikian tidak bererti Islam mengajarkan kemewahan. Islam justeru menganjurkan kesederhanaan. Baik dalam berpakaian, merias tubuh mahupun dalam sikap hidup sehari-hari. Nabi sendiri jubahnya seringkali sudah luntur warnanya tapi senantiasa bersih. Umar bin Khattab walaupun jawatannya khalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertambal-tambal. Tetapi keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya juga berseri.

Maka tidak hairankah jika Imam Hasan Al Basri berpendapat;- ''awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman(riak) muka yang ramah dan penuh senyum.'' Bahkan Rasulullah menegaskan;- ''Senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. ''


Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tidak ada persoalan yang dapat diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pemikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang. :)

sumber:- sepaku.net/sepaku-nur-addin/6820-sedekah-yang-paling-murah.html


Mungkin dengan senyuman ikhlas dari hati kita itu, dapat membantu menceriakan hari seseorang. :) Selamat beramal dengan senyuman.:)


Kata-kata Indah Senyuman:-

Senyuman adalah ibarat perhiasan batin,

Melahirkan apa yang tersimpan pada dalaman,

Senyumlah Walaukemanapun Anda tujui,

Maka bersinarlah di sana Cahaya Kegembiraan.

Menjadikan hari-hari lebih ceria,

Senyumlah selalu agar Alam juga turut tersenyum.


Wednesday

Kenapa??

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..



ISLAM DI HINA DI MALAYSIA!!!

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'....Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan... Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

sumber: by Raizosan Arai

CINTA ANTA DAN ANTI (oleh Ustaz Maszlee Malik)

“Sesungguhnya mukmin itu bersaudara” (Surah al-Hujuraat, ayat 10),


“Tidak beriman seorang muslim itu sehinggadia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya” (Hadis Riwayat al-Bukhari)


Bagi mereka yang mempelajari kedua-dua ayat dan hadis di atas, apa yang difahami ialah semua mukmin itu bersaudara dan ia juga menerangkan tentang tanggungjawab seorang Muslim kepada saudaranya yang lain. Selain kedua-dua ayat dan hadis di atas, berdozen lagi dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan seorang Muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya. Perkataan “ukhuwah” yang bermakna “persaudaraan” sering dijadikan tema untuk persaudaraan ikhals yang bertunjangkan iman dan takwa ini.


Kisah-kisah para sahabat yang berkorban dan berjuang untuk para sahabat masing-masing menjadi contoh teladan kepada generasi Muslim zaman moden. Inilah yang menjadi pengamalan anak-anak harakah Islamiah dan dakwah semenjak kebangkitan Islam di tahun 70’an lagi.


Kebangkitan Islam yang telah menemukan kemuncaknya di Malaysia telah menyaksikan pesatnya usaha dakwah, kemunculan sekolah-sekolah agama, bank-bank Islam dan pelbagai lagi di atas nama Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan, itu semua adalah hasil daya usaha sama ada secara langsung atau tidak pendukung-pendukung gerakan Islam semenjak tiga dekad yang lalu. Di waktu yang sama, pemikiran barat sekular, liberalisasi dan juga budaya hendonisme pesat menular dan bersaing. Keindahan persaingan kedua-dua arus ini telah melahirkan budaya baru di dalam fenomena kebangkitan Islam di Malaysia.


Jika di awal kebangkitan Islam dahulu, dunia hanya dilihat sebagai hitam dan putih. Kehidupan di dalam dunia ini di waktu ini hanya dilihat sama ada berpihak kepada Islam ataupun Jahiliah. Di alaf ini, dunia tidak lagi hitam dan putih dan bukan lagi Jahiliah versus Islam. Perjalinan di antara apa yang ada di dunia dan apa yang ada di dalam nas telah menyaksikan pelbagai kesan. Ada yang positif dan ada yang negatif. Antara yang terkesan dengan fenomena yang baru ini ialah persoalan “ukhuwwah”.


Cinta Remaja Dakwah

Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering dibawa berbincang adalah persoalan cinta. Alaf yang serba unik ini telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di”islamik”kan seperti mana bank-bank, institusi- institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah “Cinta Ukhuwwah”. Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqibah-naqibah usrah dan merekan yang menggunakan ganti nama “ana-anta dan ana-anti”.


Sms, Yahoo messenger, e-mail dan lain-lain kemudahan ICT telah menjadi penghubung utama cinta “anta-anti” ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy-bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung.


Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai…kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini.


Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk bombastic berbaur cinta asmara. Hakikatnya. Fenomena cinta “anta-anti” ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat, wal’iyadhubillah..

Salah Faham Ukhuwwah fillah.

Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh seorang Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari-raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut.

Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata “Ukhuwwah fillah kekal abadi…”. Sekali lagi makna ukhuwwah di salah gunakan.

Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu “jemaah” dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui e-mail, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu “jemaah” dengan mereka. Aduh…lagi hebat daripada filem “Love Story” yang pernah popular di tahun-tahun 70’an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema “ukuwwah fillah” menjadi “camouflage” ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini.


Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga.


Sekali lagi slogan ukuwwah fillah menjadi lapik dan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan dengan mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, maka si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan “trend” percintaan golongan anta-anti ini.


Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai’ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaan yang lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka…ini yang paling menarik. Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung liitup. Jika di zaman 70’an dahulu, nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop “kafir” dari pendukung dakwah yang lain.


Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan “Abuya”nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan bersongkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat krpada beliau. Sayangnya, atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, akak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah “kawan”nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keyuan wajah gadis tersebut “Ukhuwwah fillah membawa ke Jannah”.


Persoalannya, adakah fenomena ini cukup sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau penuliskah yang ketinggalan zaman sehingga naïf terhadap trend muda-mudi masa kini? Ataupun fiqh islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa. Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap “sihat” atau tidak sihatnya budaya ini. Semoga ada di kalangan pembaca yang dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan.

KALA JENGKING, KATAK, DAN ULAR (CERITA MENGUNDANG CAHAYA KEINSAFAN)


Di sini ingin saya kongsikan sebuah kisah yang saya baca daripada sebuah majalah.
Bagi saya kisah ini membuatkan hati saya tersentuh juga memberikan kesedaran buat diri ini.
Kisah yang berkaitan dengan keinsafan dan ia pasti akan muncul dalam kehidupan kita. Marilah sama-sama kita menghayatinya..~

Zun Nun Al-Misri pernah bercerita, suatu ketika sedang aku bersiar-siar di tepian sungai Nil, melihat-lihat sambil menikmati ketenangan dan
keindahan ciptaan Tuhan, tiba-tiba aku terserempak dengan seekor kala jengking yang amat besar sekali. Ia berlalu dengan cukup pantas.
Lantas aku pun mengambil sebiji batu untuk membunuhnya. Namun ia semakin laju melarikan dirinya daripadaku. Aku cuba untuk memintasnya
namun ia semakin pantas. Tiba-tiba, kala jengking itupun terjatuh ke dalam Sungai Nil dan aku kaget.

Aku terkedu. Secara spontan maka timbul pula seekor katak di atas permukaan air itu. Lantas kala jengking tersebut melompat ke belakangnya. Si katak berenang, segera menyeberangi Sungai Nil. Sampai di seberang, kala jengking melompat daripada atas katak itu lalu ke tepian dan menghilangkan diri.

Lama aku memerhatikannya. Merenung dan tanpa berlengah aku juga meniti jambatan menyeberangi sungai itu. Aku kemudian cuba mencari bekas-bekas jalannya dan menghampiri tempat kala jengking itu berlabuh. Aku cuba mengikutinya. Akhirnya aku tiba di sebuah pondok kecil. Lantas aku memberi salam. Senyap. Aku menjenguk ke dalam. Kelihatan seorang lelaki yang berada dalam keadaan yang mabuk.

Dia tidak sedarkan diri dan terbaring di hamparan. Kusut dan masai. Memualkan juga. Dan pada ketika itu, aku terlihat seekor ular menyusur masuk dan ingin mematuk lelaki tersebut. Aku tersentak lagi. Aku bertindak dengan pantas untuk membunuh ular tersebut. Tiba-tiba aku ternampak kala jengking tadi, muncul dan cuba menghalang ular tersebut lalu membunuh ular tersebut. Ular itu mati. Si kala jengking itupun kemudiannya berlalu pergi.

Aku merasa amat takjub.. ‘’Apa sudah jadi.!’’ Hatiku mula berzikir, lidah mengucapkan tasbih lalu diiringi tahmid,
bersyukur ke hadrat Ilahi. Takjub melihat peristiwa yang hebat itu. Syukur kepada Allah kerana Allah telah menghalangku
dari membunuh kala jengking tersebut. Tidak tahulah apa yang akan terjadi jikalau kala jengking itu dibunuh. Mungkinkah
lelaki mabuk itu turut terbunuh. Allah Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana, Maha Suci Allah daripada kesempurnaan.

Aku menghampiri lelaki mabuk itu, mengejutkannya. Agak sukar juga namun selang berapa ketika dia mula meracau lantas tersedar. ‘’Ular.....aku....ular.....’’
lantas dia cuba untuk melarikan diri. Namun,aku cepat memegangnya dan menenangkannya dengan memberitahunya bahawa ular itu sudah mati.
Lantas dia mengucapkan Terima Kasih kerana menyelamatkannya. Aku tersenyum. Aku mengajaknya duduk berhamppiran.
Dengan kalimah Allah aku mula bercerita. Dari mula sehingga akhir. Dari Sungai Nil hingga ke pondok kecil.
Dari kala jengking ke katak hingga ular yang ingin mematuknya.

Wajahnya berkerut seribu, Mungkin kagum.. Mungkin hairan.. Embun keinsafan mula membasahi pinggiran kalbu. Sirna Hidayah menampakkan diri, melunjur laju dari Maha Pengasih. Hati mulai tenang, mata tertunduk, menampung empangan yang sekian lama tertampung dek maksiat dan noda. Dia mengangkat kepala, melihat langit terbentang luas, empangan air mata keinsafan mulai melimpah. Semakin deras. Semakin sayu. Dia merintih sendu;

“Ya Allah, betapa besarnya kasih sayang-Mu, walaupun aku sering menderhakai-Mu, Ya Allah, Engkau tetap menyelamatkan aku dari bahaya yang boleh membunuhku, padahal aku sedang mabuk dan sedang melanggar perintah-Mu...!!’’

‘’Ya Allah, betapa besar pula rahmat-Mu kepada orang-orang yang mentaati-Mu, orang yang selalu menjaga segala perintah-Mu.. Aku memang manusia yang tidak tahu mengenang budi...!!’’

‘’Ya Tuhan Yang Maha Agung.. Maha Mulia.. Aku berjanji kepada-Mu, kini aku akan menjaga diriku dan tidak
akan menderhakai-Mu lagi...!’’

Lelaki itu kemudian berpaling, dalam keadaaan sendu seraya bertanya, ‘’Siapakah kamu?’’
Lalu dia melangkah pergi. Semakin jauh menghilang di sebalik rimbunan semak. Alhamdullilah... Ternyata dia sudah bertaubat.
Takkan derhaka lagi. InsyaAllah. Takkan berbuat jahat lagi.. Dia telah mendapat Nur Taufik daripada Allah SWT. Moga-Moga dia
ditempatkan di kalangan orang-orang yang Soleh. Amin~

Sumber:- Majalah اﻟﻄﺎرق ( Ustaz Mohd Nazri bin Zainuddin )

Firman Allah swt: “ Katakanlah, wahai hamba-hamba-Ku yang berlebih-lebihan terhadap dirinya
(dengan memperbuat dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah swt. Sesungguhnya
Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Kembalilah (bertaubatlah) kamu kepada tuhanmu, dan patuhlah kamu kepadaNya sebelum tiba siksaan
kepadamu, kemudian kamu tidak mendapat pertolongan” (Az-Zumar: 53,54).

Janganlah kita memperlambatkan taubat kerana ajal kita tidak melihat kepada usia dan tempat. Firman Allah swt: “Bagi tiap-tiap umat
itu ada ajalnya, apabila datang ajal mereka itu, mereka tidak akan dapat melambatkannya dan tidak pula
dapat mempercepatkannya walau sesaat jua pun” (Al-A’raf: 34).
“Dan mohon ampunlah (beristighfar) kamu kepada tuhanmu kemudian bertaubatlah kamu kepadaNya, Nescaya
Dia akan memberi kamu kesenangan yang baik sehingga sampai ajalmu” (Hud: 3).

Manusia sememangnya tidak pernah terlepas daripada melakukan dosa. Namun begitu, jangan sesekali berputus asa daripada rahmat Allah dan segeralah bertaubat. Sesungguhnya Allah itu Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. Diharapkan cerita ini dapat menjadi iktibar dan pengajaran buat kita semua.. Semoga taubat kita diterima Allah SWT dan semoga kehidupan kita senantiasa di dalam keredhaanNya. Amin Ya Rabbal Alamin~

(sumber :-ilhamnurani.com)

Tidak Menunggu Sempurna

Kita bangga dengan Islam, sebab itu kita sebarkannya, agar orang lain turut merasa.
Bila ada manusia mengajak kepada kebaikan, kadangkala dia akan berhadapan dengan sindiran dan caci maki orang ramai. Tambah memburukkan, sindiran dan caci maki itu melemahkan kekuatan hati untuk terus menyebarkan kebaikan.
Antara kata-kata yang biasa kita dengar adalah:
“Ala, belajar pun tak habis lagi nak dakwah-dakwah”
“Diri pun tak berapa betul, nak ajak orang pada kebaikan”
“Ni dah hafal Al-Quran sepenuhnya ke, nak ajak-ajak orang buat baik ni?”
“Kau dah sempurna sangat ke?”
Dan begitulah antara ayat yang keluar, melemahkan semangat mereka yang ingin mengajak kepada Allah SWT. Kadangkala, alasan-alasan seperti itu, yakni alasan tak sempurna, belum cukup bersedia, ilmu masih tak banyak, dosa masih ada yang tak boleh tinggal, digunakan oleh kita sendiri sebagai jalan keluar untuk tidak bergerak menyebarkan kebaikan.
Adakah benar, hendak mengajak kepada kebaikan, diri kita perlu sempurna dahulu?

Kisah Abu Bakr RA
Dari kalangan lelaki dewasa, Abu Bakr RA adalah yang pertama beriman dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Jika kita memerhatikan Sirah Nabawiyah, selepas keimanannya, Abu Bakr mengajak ramai manusia untuk mengikuti jalan kepada Allah SWT ini. Antara yang diajaknya adalah:
1. Uthman bin Affan RA – satu dari 10 yang dijamin syurga.
2. Sa’ad ibn Abi Waqqas RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga.
3. Talhah ibn Ubaidillah RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga.
4. Abdurrahman ibn Auf RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga.
5. Zubair Al-Awwam RA
6. Abu Ubaidah Al-Jarrah RA – Satu dari 10 yang dijamin syurga
Ini adalah antara yang diseru oleh Abu Bakr RA, sebaik sahaja Abu Bakr beriman kepada Allah SWT. Kalau diperhatikan, mereka yang didakwah oleh Abu Bakr RA pada awal keimanannya ini, kebanyakannya adalah sahabat yang dijamin syurga.
Kita teliti, Abu Bakr RA ketika itu baru sahaja beriman kepada Allah SWT. Adakah Al-Quran ketika itu sudah sempurna sehingga ada ayat-ayat yang boleh menguatkan seruan Abu Bakr? Adakah Rasulullah SAW ketika itu sudah menyempurnakan dakwahnya sampai pada Abu Bakr ada pelbagai teknik yang boleh dia gunakan? Adakah ketika itu orang Islam sudah ramai sampai Abu Bakr boleh menunjukkan si fulan itu, si fulan ini gembira mengikuti Islam?
Kita perhatikan, dalam keadaan serba kekurangan, Abu Bakr RA bergerak juga menyebarkan kefahaman Islam, mengajak kepada kebaikan. Sedangkan ketika itu baru awal waktu seruan Rasulullah SAW. Ayat Al-Quran pun hanya ada beberapa sahaja. Orang Islam hanya ada dia, dan keluarga Rasulullah SAW sahaja.
Jadi kenapa Abu Bakr RA ini mampu bergerak, berani menyeru manusia kepada Islam dalam keadaan kekurangan demikian?
Kerana dia beriman, yakin dengan apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Kerana dia melihat Islam itulah penyelesai kepada masalah insan, dan dia hendakkan Islam itu berada dalam jiwa-jiwa masyarakatnya.
Maka dia bergerak tanpa menanti sempurna. Tidak berlengahan. Tidak memberi alasan itu, alasan ini. Tidak juga jatuh dengan seksaan dan hinaan.

Perbaiki diri, dan ajak orang lain
Allahyarham Sheikh Mustapaha Masyur ada berkata:
“Islah nafsak, wad’u ghairak”
Ramai orang salah faham kata-kata ini dengan menafsirkan seperti berikut:
“Perbaiki diri dulu, baru ajak orang lain”
Kalau benar itu maknanya, maka Sheikh Mustaphaa Masyur akan berkata begini:
“Islah nafsak, summa, ud’u ghairak” Perkataan summa di sini membawa maksud kemudian.
Kenapa dia menggunakan ‘dan’, bukannya ‘kemudian’? Hal ini kerana, ‘dan’ menunjukkan kebersamaan, pada waktu yang sama. Manakala ‘kemudian’ menunjukkan kelewatan, bukan pada waktu yang sama. Maka, makna pada kata-kata “Islah nafsak, wad’u ghairak” hakikatnya adalah:
“Perbaiki diri kamu, dan(pada masa yang sama) ajak orang lain(memperbaiki diri macam kamu juga)”
Kenapa dia menyeru demikian? Kenapa Sheikh Mustapha Masyur tidak suruh kita ajak orang lain lepas diri kita dah sempurna? Kenapa masa tengah perbaiki diri kita sudah perlu ajak orang lain? Kenapa?
Hal ini kerana, manusia memang tidak akan mencapai kesempurnaan. Jadi, jika hendak tunggu sempurna, sampai kiamat pun tidak akan bermulanya seruan kepada kebaikan. Justeru, manusia perlu menyeru dengan apa yang sudah ada di tangannya. Dia ada sikit, dia bagi sikit. Dia ada banyak, dia bagi banyak. Pokoknya, dia memberi, berkongsi, menyeru ke arah kebaikan, mengajak manusia kembali kepada Allah SWT. Sebab itu, Rasulullah SAW bersabda:
“Sampaikan daripada aku, walaupun sepotong ayat”
Dan dengan kita bergerak mengajak manusia lain ke arah kebaikan, insyaAllah diri kita akan mempunyai satu rasa sensitif untuk menjalankan peningkatan. Hal ini kerana, kita akan merasakan satu tolakan untuk lebih memperkemaskan diri apabila kita mula menyeru manusia ke arah kebaikan. Ini juga satu booster untuk peningkatan diri.
Guru saya ada berkata:
“Perempuan yang malas mencuci kukunya, apabila dia mencuci pakaian, maka kukunya akan tercuci sama”

Kebaikan, jangan dilewat-lewatkan
Allah SWT berfirman:
“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;” Ali-Imran ayat 133.
Allah SWT juga mengingatkan kita berkenaan tindakan seorang lelaki yang apabila mendengar ummatnya menolak penyampaian rasul-rasul Allah SWT. Allah menceritakan bahawa lelaki itu berlari dengan pantas di dalam ayat berikut:
“Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dalam keadaan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya: Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu” Surah Yaasin ayat 20.
Apa persamaan dua ayat ini?
Menyegerakan kebaikan.
Hal ini kerana, kalau kita tidak menyegerakan kebaikan, maka hakikatnya kita telah terjerumus dalam kerugian. Mari kita lihat ayat Al-‘Asr yang popular:
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” Surah Al-‘Asr ayat 1-3.
Ya, perhatikan ayat-ayat itu. Siapakah yang tidak rugi? Yang tidak rugi dalam hidup ini hanyalah mereka yang melakukan amal kebaikan, dan menyebarkannya pula.
Anda, nak untung atau hendak rugi?

Penutup: Sebarkanlah kebaikan, sebarkanlah kebenaran
Jadi jangan lengah lagi. Jangan takut untuk buat baik. Jangan takut untuk sebarkan kebaikan. Bila bersembang dengan kawan, selitkan peringatan-peringatan. Bila menghadiri satu majlis, jangan lupa ambil peluang menyebarkan kebenaran. Bila mengetuai satu program, jangan lupa adunkan program itu dengan hubungan kepada Allah SWT.

Sebarkanlah kebaikan, sebarkanlah kebenaran. Gunakan segala ruang, peluang dan cara yang ada untuk menyebarkan kebaikan dan kebenaran.
Jangan lengah, jangan lewat-lewat.
Bergeraklah.
Bersegeralah.
Tidak perlu menanti sempurna.
Inilah salah satu jalan untuk berusaha menyempurnakan diri kita.

(Sumber : Langitilahi.com)

10 PETANDA DIA JODOH KITA..

10 PETANDA DIA JODOH KITA..


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

(Ditulis oleh Hj Abdul Samad)


My Falling Butterflies. Same Like I'm Falling In Love With You.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...