Klik Kandungan!

> > > >

Tuesday

YA ALLAH

♥ Ya Allah,
Make The Best Part Of My Life The Last Part,
And My Best Deed The Last Deed, And My Best Day In Which I Meet You ♥

Yummy

Salam semua. Apa Khabar anda semua harini? Semoga menjalani kehidupan dengan lebih ceria dan tenang hendakNya.Hari ini nurul hanya ingin berkongsi cerita aktiviti Nurul. Ya, sememangnya agak sibuk sedikit. Bermula dari pagi, seperti biasa. Mengemas rumah itu sudah menjadi tugas Nurul sementara cuti-cuti ini. Selesai itu, Nurul ke JPN menguruskan tentang IC baru. Alhamdullilah. Semua berjalan dengan lancar. Petang sebelum menyediakan menu makan malam, Nurul menyiapkan tugasan mengedit website pelanggan yang perlu disiapkan dengan segera. Simple aje. Just copy paste kerana ianya semudah menggunakan microsoft words sahaja. :)


Tik Tok Tik Tok, sedang leka menyiapakan website itu, Jam berbunyi menunjukkan pada waktu itu telah masuk jam 6 petang.Tetapi makan malam masih belum disiapkan? Nurul pun berfikir menu apa yang simple untuk disediakan dalam masa yang singkat ini? Nurul mencari-cari apakah bahan-bahan yang ada untuk dijadikan menu makan malam.. Aha! Akhirnya Nurul berpakat dengan bonda tersayang untuk menyediakan menu Simple Spaghetti + Macaroni Cheese.. :)


Dan Akhirnya Inilah hasilnya.. TADAA!


( Hanya Macaroni yang kelihatan kerana Spaghetti telah ditimbun-timbun oleh sos pekat tersebut :P )


Kalau nak cuba ini Resepi Simple Spaghetti + Macaroni Cheese :-


*Spagheti dan macaroni direbus dengan air dan minyak (supaya spagheti tak melekat)

Bahan-bahan untuk sos spaghetti :

1 Bawang Besar (dikisar)

Prego mushroom ( 1 botol )

Tomato puree ( 2 Botol )

Sos tomato ( Kalau Nak Masam Lagi )

Daging Cincang ( Nak jimat belanja pakai Daging Burger pun boleh )

Cheese Mozarella

Hotdog Cheese Nutriplus/ Ayamas (dipotong kecil-kecil)

Cili Boh ( Letak dalam dua or tiga sudu camca teh)

Garam ( sesedap rasa )

Air.


Cara-Cara :

Tumis Bawang besar dengan minyak, setelah itu masukkan dua/tiga sudu besar cili boh.

Agak-agak naik bau, Masukkan daging cincang,hotdog cheese dan mozarella cheese.

Gaul-Gaulkan bahan tersebut. Kemudian, masukkan Prego mushroom, Tomato puree dan sedikit sos tomato. kacau dengan sebati. Setelah itu, masukkan garam sesedap rasa dan air ( mengikut kepekatan sos). Kacau sehingga masak.


Setelah itu. Hidangkan dan taburkan sedikit mozarella cheese diatasnya.

Sedia untuk dimakan!

Pasti menyelerakan.


Selamat Mencuba! :D

Yummm..Yummmmm.. :P



Di Matamu


❀Di matamu mencerminkan rindu,
❀Di matamu adalah kenyataan,
❀Aku tenggelam dalam lautan kasih sayangmu,
❀Tak mungkin akan kulepaskan ikatan ini..

❀Mendung hitam adalah semalam,
❀Silau mata dari kilauan cinta,
❀Hatiku ini sayang,
❀Tak mungkin berubah,
❀Selagi kau berpegang teguh pada janji..

❀ lyrics taken from the song ''Seribu Tahun Takkan Mungkin''


Mencipta Masa Depan


Memang mudah terlintas maksud turutan perkataan tersebut di dalam minda kita. Namun adakah ia sama dengan pemikiran orang lain? Sudah tentu ianya berbeza dan sering bercanggah antara satu sama lain. Dalam pada itu sebenarnya telah wujud persamaan antara perbezaan pemikiran tadi.


Walau bagaimanapun mungkin anda boleh bersetuju dengan saya sekiranya saya mengatakan maksud yang sebenar bagi perkataan-perkataan tersebut adalah dengan satu perkataan iaitu cita-cita. CITA-CITA membawa maksud HARAPAN dan IMPIAN yang cuba direalitikan oleh setiap insan yang bergelar manusia pada masa hadapan.


Ada bermacam cita-cita yang boleh kita impikan. Usahawan Yang Berjaya, Guru, Doktor, Arkitek, dan banyak lagi pekerjaan yang sering kita impikan. Namun begitu, Ada juga manusia yang bercita-cita sesuatu perkara yang negatif contohnya merompak, melepak, menganggur,berfoya-foya, raja judi, perogol dan sebagainya.


Semua yang disenaraikan ini adalah berkaitan dengan cita-cita makhluk yang bergelar manusia. Cita-citalah yang mempengaruhi seseorang manusia itu untuk belajar. Sebagai contoh, seseorang itu mempunyai keinginan untuk menjadi seorang guru.Walau bagaimanapun, syarat untuk menjadi seorang guru mesti memiliki kelulusan sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda. Untuk memiliki ijazah sarjana muda pula kita harus melanjutkan pelajaran ke Institut Pendidikan Guru atau melanjutkan pelajaran ke Universiti dahulu.


Seseorang itu juga perlu menghabiskan pelajarannya di peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dahulu sebelum dapat melanjutkan pelajaran ke universiti.Begitulah selanjutnya sejak daripada peringkat tadika lagi.Sememangnya ada turutan tersebut dalam meniti kehidupan.


Namun, Adakah turutan itu terasa kelazatannya? Kelazatan di sini bermaksud sejauh mana kita berusaha menempuh hidup yang diimpikan itu.


Impian tak tercapai...? Ia tidak mustahil untuk dicapai. HANYA FIKIRAN YANG MENENTUKAN KEBERJAYAAN KITA MEMPEROLEH APA YANG KITA INGINKAN PADA MASA DEPAN. Di dalam liku-liku hidup ini, Berusahalah mengikut landasan dan keperluan yang betul.Bukan sahaja kita akan memperoleh impian yang sekian lama kita simpan, Kita juga akan memperoleh kenikmatan dan juga kebahagiaan di dalam hidup ini.


Namun, sebagai manusia sudah pasti ada yang membataskannya.Pastikan ia mengikut landasan syariat yang betul dan tidak menyeleweng supaya hidup bermasyarakat sentiasa dalam keadaan seimbang dan harmoni senantiasa.InsyaAllah... (iluvislam)


๑۩๑ Perbezaan Antara Mereka Yang Berjaya Dengan Yang Lain Bukanlah Kerana Kekurangan Kekuatan Atau Ilmu, Tetapi Lebih Kepada Kekurangan KESUNGGUHAN Dan KEMAHUAN Untuk BERUSAHA Mencapai Matlamat. Success Is A State Of Mind. If You Want Success, Start Thinking Of Yourself As A Success. ๑۩๑


AL-KISAH


❀ Ketika Nabi Ibrahim A.S Didatangi Izrail Untuk Mencabut Nyawanya. Berkata Ibrahim Kepadanya ❀

''Wahai Izrail, Pernahkah Seorang Kekasih Mencabut Nyawa Kekasihnya Sendiri?''

Lalu Izrail Memberitakan Pertanyaan Ibrahim Ini Kepada Allah SWT.

Maka Allah S.W.T Memerintahkan Izrail Menyampaikan Jawapannya Kepada Ibrahim Sebagaimana Firman-Nya Yang Bermaksud :

''Wahai Ibrahim. Apakah Kamu Pernah Melihat Seorang Kekasih Yang Tidak Gembira Untuk Bertemu Dengan Kekasihnya Sendiri?

Apakah Ibrahim Mendengar Jawapan Allah Menerusi Izrail. Berkata Ibrahim :

''Wahai Izrail Cabutlah Nyawaku Saat Ini Juga''


My Falling Butterflies. Same Like I'm Falling In Love With You.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...