Klik Kandungan!

> > > >

Thursday

Malu Memulakan Perniagaan Dan Menjalankan Perniagaan?


Sememangnya masyarakat Malaysia ramai yang malu-malu cat (kucing). Nak memulakan perniagaan pun malu. Jumpa pelanggan pun malu. Perasaan malu ada baiknya, tetapi adakalanya, akan menghentikan pencapaian kita. Saya sendiri pun pemalu juga orangnya.

Tetapi, apabila tiba bab perniagaan, saya fikirkan 3 perkara ini apabila timbul rasa malu iaitu :-

1. Menjalankan perniagaan adalah perkara yang mulia dan amat digalakkan oleh agama. Berniaga BUKAN meminta sedekah, jadi buangkan sifat malu itu.

2. Kata pakar perniagaan barat, sifat "malu" adalah perkara yang paling BAIK yang boleh terjadi kepada pesaing anda. Lagi anda malu, lagi mudah pesaing anda mengaut pasaran perniagaan anda! Lebih mudah mereka menyaingi anda.

3. Sebab itu saya menjalankan perniagaan Internet. Salah satu kebaikan perniagaan internet adalah tidak perlu berjumpa dengan pelanggan!

Malu adalah sifat semula jadi yang ada pada setiap insan. Tanggungjawab kita adalah untuk memastikan sifat tersebut tidak menghentikan kita dalam meraih rezeki 9/10 yang dijanjikan dalam perniagaan. Bak kata orang, Malu biar bertempatlah. Siapa malu, Dialah yang rugi. (Irfan Khairi)


Gantungkan Impianmu Setinggi Langit, Jadikanlah Apa Yang Engkau Impikan Menjadi Realiti, Kerana Engkau Hanya Memiliki Satu Kehidupan Dan Satu Peluang Untuk Melakukan Semua Perkara Yang Terbaik Di Dalam HidupMu. Pergilah Mengejar Cita-citaMu Dengan Penuh Keyakinan, Jalanilah Hidup Seperti Yang Engkau Bayangkan.



No comments:

Post a Comment

My Falling Butterflies. Same Like I'm Falling In Love With You.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...