Klik Kandungan!

> > > >

Thursday

⊹✿⊹ Demi Penantian Ini ⊹✿⊹


Penantian Ini.


Wahai kekasihku,

Aku akan terus menantimu,

Bersama tiupan angin,

Bagai melafazkan bisikan rindu,

Seolahnya memahami perasaanku.


Dalam kesunyian ini,

Bersama keresahan yang kian membuncah,

Di hatiku sering menangis,

Memendam rindu yang bagaikan mahu terburai,

Seperti terburainya perut yang dihunus sebilah pedang.


Di sini..

Aku menantimu dengan penuh kesabaran,

Bersama iringan doa,

Bersama janjimu akanku genggam erat,

Bersama impian yang ku harapkan.


Dengarkanlah kekasihku,

Kau sudah cukup sempurna bagiku,

Siapalah aku yang mengharapkan kesempurnaan,

Sedangkan kau tidak tahu,

Aku menerima mu dengan seadanya,

Bagiku kaulah nyawaku,


Ku disini.. kau disana,

Namun aku takkan pernah jemu,

Menantimu.. sentiasa mendokanmu,

Walaupun penuh onak dan badai,

Aku tetap dengan pendirianku,

Kerana kaulah yang pertama dan terakhir bagiku.


Hasil Nukilan : YourLovelyGirl (2009)

No comments:

Post a Comment

My Falling Butterflies. Same Like I'm Falling In Love With You.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...